Jangan Benci Kucing - sama-samalah kita ambil pengajaran..
Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.
Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada Kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam .
Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya.
Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.
Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.
Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mahsuri. Tanp a b erlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanp a b elas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Nak Dara Rindu nyanyian P. Ramlee.
Tapi, kegembiraan hanyalah sementar a b ila tiba di rumah si Tompokdengan sombong bongkaknya melangok depan pintu lagaknya menyambutkepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.
Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus as a b egitusahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkallengan.
Maka nekadlah Budin, kali ini di a b ukan sahaja hendak buang Tompok lagijauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sekejap ke kanan, yang lurus, yang bengkok,segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompokdibuang begitu sahaja.
Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah. Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar. ..
Gayah: Ada , ada dekat depan pintu tu ha, kenapa? tanya Gayah kehairanan.
Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...
Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.
Budin: Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni...
Nota tangan Cik iela :
Semlm Cik iela makan kt restoran mamak ,
Cik iela bg la sekor kucing nie mkn,boleh pulak dtg sorg budak nie..
Dia g pijak kucing yg Cik iela bg mkn tu...ape lg..Cik iela sergah trus budak tu..
Apela nk jd ngn budak2 skrg nie..hurmm
kecik2 dah kejam budak tu. grrrrrrr
ReplyDeletetula...terkujat Cik iela time tu..
Deleteotomatik trus sergah budak tu..