Tuesday 18 December 2012

Dugaan Bertimpa_Disuspek Tyriod Profile C


Assalamualaikum...

Semlm p klinik check bdan sndri yg tk brape nk sedap nie...Hampir 1mggu lbih asyik sakit dada spt dipjak2 dan degupan jntug laju kalah berlari 100m sdgkn dduk diam2 je..
P jmpe Doc Fadzil Klinik Isahak..mmg biasa dgn dia...
Bgtau simptom2 yg Cik iela rase pada dia..
Mula2 dia check la degupan jntug..mmg laju sgt katanyer...dia tye,berat bdan ada turun ke...mmg ada turun tp ingtkn sbb penat...bygkn dr 75kg berat turun jd 67kg!!...Doc ckp simptom2 Cik iela ada ini bkmgkinan besar Cik iela mgidap TYRIOD,atr simptom yg ada pada Cik iela :

1-Kerap Sakit dada
2-Degupan jntung laju (walaupn hnya dduk tnpa berbuat apa2)
3-Sesak nafas
4-Berat badan menurut walaupn kuat mkn
5-Tangan mengigil (Cik iela ingtkn sbb gastrik)
6-Muka pucat dan dalam mata nmpak pucat..

Doc amk darah utk dihntar ke lab utk di uji samada btul ke Cik iela ada Tyriod.
Harap2 tkde pape la...hurmmm
Jumaat ni result keluar..klu disahkn Tyriod.Doc ckp akn mulakan rawatan trus..klu takde pape..
dia akan check pulak utk yg lain..


_______________________________________________________________

Apa yg Cik iela tahu ttg Tyriod ini,Ada dua jenis penyakit tiroid iaitu hipertiroidisme dan hipotiroidisme yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki. Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini.

Menurut Dr. Nanda (Pakar Runding Pembedahan Am Pusat Perubatan Taman Desa, Kuala Lumpur), penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian badan dan ketidakseimbangannya membahayakan kesihatan

 Hipotiroidisme: Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisme.


Hipertiroidisme : Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon berlebihan. Biasanya ia disebabkan penyakit autoimun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroidisme berlaku apabila kelenjar tiroid terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin. Penyakit Grave adalah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar. Selain itu, ubat yang diambil untuk hipotiroidisme mungkin menyebabkan hipertiroidisme, jadi pengawasan doktor amat penting.



Antra PUNCA2 yg Cik iela tahu(search dlm tenet) : 


1-kekurangan iodin (biasanya berlaku di kalangan penduduk Himalaya) 

2-kehamilan - Ini kerana keperluan hormon lebih banyak diperlukan untuk ibu dan anak. Tiroid ini bersifat sementara dan hilang selepas kelahiran 

3-goitrogen - elak memakan makanan mentah seperti sayur kubis serta bayam kerana meningkatkan risiko mendapat tiroid 

4-radiasi - misalnya letupan nuklear di Russia menyebabkan ramai penduduk mendapat kanser tiroid. Pemeriksaan sinaran-X boleh mengesan tiroid 

5-genetik 

6-Autoimmune Graves Disease 




Gejala hyperthyroidism: 

bengkak di leher 
degupan jantung yang cepat 
cepat marah 
cepat berpeluh 
tidak tahan cuaca panas 
tangan bergetar 
kitaran haid tidak teratur 
sentiasa gelisah 
penurunan berat badan 
rambut gugur 
masalah sukar tidur (insomnia) 
bengkak di sekeliling mata 
kelopak mata tertarik ke dalam hingga menampakkan mata putih di bahagian atas 
cirit-birit 
tubuh badan lemah 
osteoporosis 

***Yang Cik iela BOLD MERAH tu atr simptom2 yg Cik iela ada***

Gejala hypothyroidism: 

kurang tenaga 
rasa sejuk 
denyutan jantung perlahan 
kemurungan 
berat badan bertambah 
kurang daya ingatan 
kulit kering 
rambut gugur 
sembelit 
beguk 
nafsu seks turun 
suara serak


Rawatan untuk TYRIOD adalah :

Ubat Propranolol, atenolol, inderal melegakan rasa berdebar, mengawal tekanan dan mengawal rasa gelisah.

Carbimazole dan propylthiouracil untuk mengawal hypertiroidism

Antibiotik sekiranya ada jangkitan kuman

Radioaktif iodine

Membuang tisu sel tiroid yang terlebih aktif. Selepas rawatan, sel ini akan mengecut dan jumlah hormon yang dikeluarkan menurun. Tidak sesuai untuk yang sedang mengandung, menyusukan anak. Bagaimanapun rawatan ini mungkin menyebabkan pesakit mendapat hypotiroidism dan terpaksa mengambil ubat sepanjang hayat mereka.

Pembedahan: Sebahagian tiroid gland akan dibuang. Mungkin rawatan pilihan kepada kanak-kanak dan orang yang mengandung.

*******************************************************

Nota kaki tangan : Doa2kn la Cik iela tk mgidap Tyriod nie..
Smge result utk ujian darah ari jumaat ini tkde pape masalah.










4 comments:

  1. bimbang jugak yer

    sy doakan moga cik iela dijauhkan drpd penyakit tu dan pulih seperti sediakala semula, amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekacih lynn...hrap2nyer la..risau jgk d btnyer nie...

      baru je elok migrain teruk...dh ini pulak...

      Delete
  2. Mudah2an Iella selamat dan dijauhi dari sebaranga penyakit, aminnn...

    ReplyDelete

Bace je?Komenla sikit =) ✍