Wednesday 26 December 2012

>>Wordless Wednesday<< Saman AES



Assalamualaikum...

 Cik iela nk ngeluh pnjg dlu...haaaaaaiiiiizzzzzzzzzzz*sigh*.
Cik iela kne saman AES..Owhhh ..saman...ape???SAMAN?? 
Masa dpt surat tu,bajet2 surat nk dpt keje gomen ke,pnggilan interview gomen ke..skali bukak2 je...dh terpampang gmbr krete dan nilai kne byor....time tu ase nk tepuk dahi je...aduhhhhh!
Dh ler ngh srabut contact lense hilang sebelah..adeeehhh...cuai dan cemerkap sungguh kan??
Boleh pulang ilang time dh tepek kt mata...cmno laa boleh tk pasan....btimpa2 pulak masalah...


8( mencik tau saman dpt!!!!


Ni ler saman yg Cik iela dapat...


|

|

|

|

|

|

|

|
V





Monday 24 December 2012

Kalaulah Aku Mampu

Assalamualaikum..


Tahu ape yg KALAULA AKU MAMPU?


Pic dr Google 

Pic dr Google


"KALAULA AKU MAMPU MEMBANTU KUCING JALANAN DI LUAR SANA"


Cik iela sedih sgt tgk kucing2 kt luar sana...idup berkeliaran sne sini minta simpati pada org..
Di pndang hina hanya kerana muka tk comey..ada luka sana sini..ada kurap dan mcm2 lagi..
Sedih mengenangkn keadaan dorg dan sedih mengenangkan sikap org kita sendiri yang memandang hina pada makhluk Allah yg 1 nie..dah la kesayangan Nabi..Apala nk jd pada dunia nie..
Kalau yang sayang pada kucing..bkongsi rezeki...walau secebis makanan..tp yg mana tk suka...di syuh2nyer.
Apalah salahnyer mmberi sedikit pd mereka,tk byk pn skurg2nyer biarla perot dorg jgk terisi spt mana kita.

Tiap kali Cik iela p mana2 pasti akan nmpak kucing2 yang meminta simpati meminta mkanan..
Tiap kali terpndang kan kucing jalanan di luar ni..msti atie Cik iela berdetik..
''Suatu hari nnti aku nak sgt bt pusat kucing,bg khidupan yg baik pd dorg"
Penah luahkn perkara ni pada Arjuna Cik iela...dia ckp buatlah..Kalau dia mmpu dia akn tlg..
Cik iela suka bergurau ckp kt dia "kalau U dpt gji 5k sbulan,I nk U bg peruntukkan sket utk I tlg kucing2 ni...dan kalau U dpt gji 10k sbulan I nk kte bukak shelter kucing .."
Kita bntu yg temmpu utk dorg..biarlah Cik iela bergelumang dgn dorg skali pn jnji Cik iela tk nk lg tgk kucing jalanan yg d layan dgn hina, kurus kerana tk mkn,dan tido melata
Arjuna ckp " InyaAllah doa2knlah.."

Tapi buat masa masa ni hanya mmpu berkata "Kalaulah Aku Mampu"

Kalaula Aku Mampu : Mmberi makan stiap hari pada kucing jalanan
Kalaula Aku Mampu : Bawa balik setiap kucing yang aku jumpa
Kalaula Aku Mampu : Mmberi perlindungan pada mereka tika hujan dan sakit
Kalaula Aku Mampu : Memberikan yang terbaik utk mereka 

Agar hati ni tk merasa sedih bila melihat setiap babak yang myedihkan di depan mata setiap hari.
Atie Cik iela ni cpt sedih bila melibatkan kucing..tk snggup tgk kucig sakit..@ mengeow ngn Cik iela.
Kdg2 org tgk Cik iela pelik sbb Cik iela suka sgt berckp2 dgn kucing walau kt mana2 pn..nsebla Arjuna Cik iela faham dgn sifat yang 1 nie..kalau org lain tgk msti pelik..dan salah 1 tabiat Cik iela bila berckp dgn kucing,Cik iela akan panggil dorg ADIK..tk tahu kenapa..terasa dekat dgn diri Cik iela..
Cik iela sayang sgt dgn dorg nie..Dlu Cik iela tkdela mcm ni sgt...tp sejak kematian kucing Cik iela sbyk 5ekor dalam masa 6bulan.Sejak tu tk snggup tgk kucig terbiar..biar dorg buruk skali rupa pasti Cik iela cbe berkongsi sdkt mkanan dgn mereke..

Cuma tika ini Cik iela hanya mampu buat apa yang termampu dgn kewangan Cik iela ni..
Stiap ari Cik iela berdoa di perbykkn lg rzeki utk Cik iela berkongsi mkanan dgn ank2 bulus di luar sana.


Thursday 20 December 2012

Tatap muka sendiri..


Assalamualaikum..

Salah 1 hobi budak Kechik ni adalah menatap muka sendiri dkt cermin dgn pnuh ralik leka.
Tiap kali masuk bilik Cik iela ni ler dia bt sblm tdo..pnjat ats meja makeup dan menelek diri sendri dpn cermin...skali tgk mcm dia bngga pulak tgk muka sendiri..hahahah...



Kechik : Ensem btul aku ni...bergaya pulak tuh...comel tk terkata..heheh..msti Mummy jeles..

Mummy : @$%#& tk kuasa Mummy eh...



***Psttt : Abaikn semak samun kt blkg tuh..huhuh

Wednesday 19 December 2012

>>Wordless Wednesday<< Patung Citam..


Assalamualaikum...


Tuesday 18 December 2012

Dugaan Bertimpa_Disuspek Tyriod Profile C


Assalamualaikum...

Semlm p klinik check bdan sndri yg tk brape nk sedap nie...Hampir 1mggu lbih asyik sakit dada spt dipjak2 dan degupan jntug laju kalah berlari 100m sdgkn dduk diam2 je..
P jmpe Doc Fadzil Klinik Isahak..mmg biasa dgn dia...
Bgtau simptom2 yg Cik iela rase pada dia..
Mula2 dia check la degupan jntug..mmg laju sgt katanyer...dia tye,berat bdan ada turun ke...mmg ada turun tp ingtkn sbb penat...bygkn dr 75kg berat turun jd 67kg!!...Doc ckp simptom2 Cik iela ada ini bkmgkinan besar Cik iela mgidap TYRIOD,atr simptom yg ada pada Cik iela :

1-Kerap Sakit dada
2-Degupan jntung laju (walaupn hnya dduk tnpa berbuat apa2)
3-Sesak nafas
4-Berat badan menurut walaupn kuat mkn
5-Tangan mengigil (Cik iela ingtkn sbb gastrik)
6-Muka pucat dan dalam mata nmpak pucat..

Doc amk darah utk dihntar ke lab utk di uji samada btul ke Cik iela ada Tyriod.
Harap2 tkde pape la...hurmmm
Jumaat ni result keluar..klu disahkn Tyriod.Doc ckp akn mulakan rawatan trus..klu takde pape..
dia akan check pulak utk yg lain..


_______________________________________________________________

Apa yg Cik iela tahu ttg Tyriod ini,Ada dua jenis penyakit tiroid iaitu hipertiroidisme dan hipotiroidisme yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki. Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini.

Menurut Dr. Nanda (Pakar Runding Pembedahan Am Pusat Perubatan Taman Desa, Kuala Lumpur), penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian badan dan ketidakseimbangannya membahayakan kesihatan

 Hipotiroidisme: Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisme.


Hipertiroidisme : Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon berlebihan. Biasanya ia disebabkan penyakit autoimun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroidisme berlaku apabila kelenjar tiroid terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin. Penyakit Grave adalah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar. Selain itu, ubat yang diambil untuk hipotiroidisme mungkin menyebabkan hipertiroidisme, jadi pengawasan doktor amat penting.



Antra PUNCA2 yg Cik iela tahu(search dlm tenet) : 


1-kekurangan iodin (biasanya berlaku di kalangan penduduk Himalaya) 

2-kehamilan - Ini kerana keperluan hormon lebih banyak diperlukan untuk ibu dan anak. Tiroid ini bersifat sementara dan hilang selepas kelahiran 

3-goitrogen - elak memakan makanan mentah seperti sayur kubis serta bayam kerana meningkatkan risiko mendapat tiroid 

4-radiasi - misalnya letupan nuklear di Russia menyebabkan ramai penduduk mendapat kanser tiroid. Pemeriksaan sinaran-X boleh mengesan tiroid 

5-genetik 

6-Autoimmune Graves Disease 




Gejala hyperthyroidism: 

bengkak di leher 
degupan jantung yang cepat 
cepat marah 
cepat berpeluh 
tidak tahan cuaca panas 
tangan bergetar 
kitaran haid tidak teratur 
sentiasa gelisah 
penurunan berat badan 
rambut gugur 
masalah sukar tidur (insomnia) 
bengkak di sekeliling mata 
kelopak mata tertarik ke dalam hingga menampakkan mata putih di bahagian atas 
cirit-birit 
tubuh badan lemah 
osteoporosis 

***Yang Cik iela BOLD MERAH tu atr simptom2 yg Cik iela ada***

Gejala hypothyroidism: 

kurang tenaga 
rasa sejuk 
denyutan jantung perlahan 
kemurungan 
berat badan bertambah 
kurang daya ingatan 
kulit kering 
rambut gugur 
sembelit 
beguk 
nafsu seks turun 
suara serak


Rawatan untuk TYRIOD adalah :

Ubat Propranolol, atenolol, inderal melegakan rasa berdebar, mengawal tekanan dan mengawal rasa gelisah.

Carbimazole dan propylthiouracil untuk mengawal hypertiroidism

Antibiotik sekiranya ada jangkitan kuman

Radioaktif iodine

Membuang tisu sel tiroid yang terlebih aktif. Selepas rawatan, sel ini akan mengecut dan jumlah hormon yang dikeluarkan menurun. Tidak sesuai untuk yang sedang mengandung, menyusukan anak. Bagaimanapun rawatan ini mungkin menyebabkan pesakit mendapat hypotiroidism dan terpaksa mengambil ubat sepanjang hayat mereka.

Pembedahan: Sebahagian tiroid gland akan dibuang. Mungkin rawatan pilihan kepada kanak-kanak dan orang yang mengandung.

*******************************************************

Nota kaki tangan : Doa2kn la Cik iela tk mgidap Tyriod nie..
Smge result utk ujian darah ari jumaat ini tkde pape masalah.










Friday 14 December 2012

Adek Membodek


Assalamualaikum...


Dh lama tk bt entri psl budak2 ni..2-3mgu kebelakangan ni tk brapa nk ada masa sgt...
Lg2 lak hp Cik iela rosak..so mmg nan ado la nk ambik2 gmbr budak2 nie..
2hari lepas Cik iela bawak budak2 p main kt luar...betapa batak a.k.a jakunnya la si Adek ngn Along..
Si Kechik tkdenyer dia heren...berjimba dia sronok...Citam plak dh mcm askar mgendap..
Along & Adek jenguk2 kepala je dr pet carrier...bunyi kereta lalu lalang depa bantai menggelupur masuk dalam sedalam2 pet carrier...Citam pn sama..Kelakar tgk budak2 nie...
Cme Kechik jela...jnis tk reti takut hape pn...siap boleh bt Mummy nyer terkujat mcm nk luruh jantug sbb dia berlari masuk ke hutan bawah tu...Dh ler semak samun kt situ...Btapa gigih Mummy meredah dalam tu nak amik dia..pwehhh..Mmg cuak gila time tu...tkut dia lari lg jauh ke dalam hutan tu..








































Wednesday 12 December 2012

Take a break!!


Friday 7 December 2012

PESANAN BUAT SUAMI - PETIKAN DR FADZILAH KAMSAH


PESANAN BUAT SUAMI - PETIKAN DR FADZILAH KAMSAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



( Jangan pandang remeh pada banyak perkara kerana yang kecil itu selalu meninggalkan kesan/impak yang besar dalam perhubungan....ALLAH telah mengajar di dalam AL-Quran dan Nabi telah menunjuk dengan Sunnahnya )..
.
" DALAM PERKAHWINAN ADA BANYAK PERMATA2 SYURGA, BERTUAH BUAT MEREKA YANG DAPAT RASA DAN LIHAT DENGAN JELAS..RUGILAH DUNIA DAN AKHIRAT BUAT MEREKA YANG BUTA DAN MENSIA2KANNYA.."
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira.
 Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”





Nota tangan : Eheemm..ehemm...haaaa...Suami2 yang di luar sana..bkal2 suami ke..
Ingt2 ler tuh...hehe.. tk salah pn tlg isteri..bak kata  pepatah..'Ringan sama dijinjing,berat sama di pikul'.
Hargai isteri anda Ok.. 

Monday 3 December 2012

Surat cinta Tijah (baca jgn tak baca)

SURAT CINTA TIJAH

Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur .

Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang boyfriendnya yg bermata biru.

Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya.
Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan
perhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya.

Begini bunyi surat yg ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil, yg berjaya "dicuri" ...

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* **

Mike....

I WANT TO CUT CONNECTION US.

I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only.
Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.

You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land.

My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three.

So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me.

So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver.

I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times.

Safe walk..
Tijah