Thursday 18 October 2012

CARA-CARA NAK KONTROL MALU


Assalamualaikum...





a.     Jika  diketawakan  rakan ketika tertidur kat opis hingga meleleh air liur  basi...terus bangun separuh sedar dan buat-buat kene sawan sambil  keluarkan  lagi  air  liur.  Gerenti  member  korang akan panik dan berenti ketawakan orang.

b.     Kalau tersilap menyapa orang yang tak dikenali...teruskan menganggap dia  kenalan  korang  dan  bagi  dia duit kononnya korang pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku korang kenalannya.

c.     Jika  ditegur orang kerana zip seluar  terbuka...jawab je dengan selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah 'biar rosak zip, jangan rosak akhlak'.

d.       Bercakap sorang diri kerana member ketinggalan kat belakang...teruskan bercakap dan ketawa sambil menyumpah  member  korang  tu  sensorang. Tentu orang takkan gelakkan kerana menyangka korang ada masalah mental kronik.

e.     Tersilap  masuk  tandas  wanita...buat- buat  wajah  glabah dan cemas sambil berlakon menyatakan tujuan korang masuk  kerana nak mencari isteri atau awek korang yang dah sejam tadi tapi tak keluar-keluar lagik

No comments:

Post a Comment

Bace je?Komenla sikit =) ✍